Penggunaan VLAN tidak boleh lari daripada ‘term’ Tagged dan juga Untagged atau lebih popular dengan Trunk dan Access (Cisco).
Trunk = Tagged
Access = Untagged
Trunk / Tagged | Membenarkan dan membawa lebih daripada satu VLAN atau trafik yang telah di ‘tagged frame’ mengikut VLAN id masing-masing merentasi rangkaian. Pelbagai trafik yang melalui ‘trunk’ port ini dikelaskan/dikenalpasti menggunakan protokol 802.1Q membolehkan pengelasan VLAN id yang berlainan. |
Access / Untagged | Hanya satu VLAN sahaja dibenarkan melalui port. Frame akan di ‘untagged.’Contoh penggunaan access port adalah untuk perhubungan ‘end device’ seperti PC , printer , IOT yang menggunakan satu VLAN sahaja (biasanya untuk management IP). |
Native | Apabila melalui ‘trunking port’ native VLAN frame tidak akan di ‘tagged’ sebagaimana VLAN id yang lain. |
- VLAN 10,20,30 dan 40 di ‘tagged’ untuk membenarkan VLAN tersebut merentasi rangkaian ( 2 port yang bersambung menggunakan ‘trunk’ port setting).
- Port akan diset kan sebagai ‘access port’ bagi penggunaan perkakasan seperti komputer atau printer.
- Untuk kes Wireless Access Point / Wireless Router yang menggunakan lebih dari satu VLAN, iaitu VLAN 30 untuk management dan juga VLAN 40 SSID. VLAN 30 akan dijadikan native VLAN manakala VLAN 40 akan di’tagged’. Oleh itu port akan diset sebagai ‘trunk’ dan juga native VLAN.
- Walaubagaimanapun , untuk kes Cisco , Wireless Access Point (jenis lightweight) hanya menggunakan access port walaupun dengan penggunaan lebih dari satu VLAN.
- Ini kerana , Cisco Wireless AP akan berhubung dengan Wireless Controller melalui tunnel yang dikenali LWAPP dan CAPWAP . Kedua-dua jenis tunnel ini akan membenarkan lebih dari satu VLAN melaluinya dan hanya perlu menggunakan port ‘access’.