Perbezaan Static dan Dynamic Routing

Static Routing – Proses dimana arah laluan ‘packet’ untuk sampai ke destinasi ditentukan secara manual (ditentukan oleh ‘network administrator’).

Dynamic Routing – Proses dimana arah laluan ‘packet’ untuk sampai ke destinasi ditentukan secara automatik mengikut keadaan semasa ‘routing table’ berdasarkan keputusan perkiraan ‘algorithm’ jenis protokol yang digunakan.

Contoh Dynamic Routing – RIP, EIGRP, OSPF, BGP

 StaticDynamic
Kesukaran Konfigurasi
(Configuration Complexity)
Lebih mudah (perlu faham asas dan konsep)Lebih sukar jika melibatkan rangkaian yang kompleks dan besar
ScalingSesuai untuk rangkaian kecil
(not scalable).
Sesuai untuk rangkaian kecil dan  besar (kompleks) dan scalable
Security
(Keselamatan)
Lebih selamatKurang selamat disebabkan penghantaran maklumat secara ‘broadcast’ dan ‘multicast’
Penggunaan CPU & MemorySangat sedikit bergantung kepada saiz routing tableMenggunakan CPU dan memory lebih banyak untuk menjalankan perkiraan algorithm dan juga kemaskini ‘routing table’
Predictability / Ramalan laluanArah laluan sentiasa sama seperti yang telah ditentukan oleh kita
(network administrator)
Boleh berubah-ubah bergantung kepada jadual topologi semasa

Jenis-Jenis Dynamic Routing

1 – Distance Vector

Router akan menghantar ‘routing updates’ kepada jirannya dengan ‘broadcasting’ keseluruhan jadual ‘routing’nya secara berjadual. Setiap router jiran kemudiannya akan menghantar jadual routing tersebut kepada jiran yang lain pula (hop-by-hop updates).

Contoh : RIP , RIP v2, IGRP

2- Link State

Router hanya akan menghantar maklumat topologi rangkaian jika ada perubahan kepada router jiran. Ia tidak akan menghantar keseluruhan jadual routing.

Contoh : OSPF, BGP

3- Hybrid (Distance Vector + Link State)

Contoh : EIGRP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *