Pengenalan Domain Name System (DNS)

Secara ringkasnya DNS berfungsi untuk menterjemahkan alamat domain/url (contoh google.com) kepada alamat IP dan sebaliknya.

Sebagai contoh cuba buka command prompt (jika anda pengguna windows) dan cuba ping google.com

Berdasarkan gambarajah diatas, domain google.com diterjemahkan dalam bentuk IP iaitu 172.217.174.174.

Kenapa memerlukan DNS?

Setiap peranti ataupun perkakasan yang tersambung ke rangkaian sama ada rangkaian setempat (LAN) ataupun internet (WAN) akan mempunyai alamat IP masing-masing yang dikhaskan untuk mereka.

Sebagai contoh, website dan sistem yang telah dibangunkan dalam server akan diakses oleh komputer lain melalui web browsing (chrome,mozilla, etc). Jadi alamat url/domain dalam bentuk alphabet diperlukan untuk memudahkan pengguna mengingati alamat sesebuah sistem atau website tersebut.

Disini DNS memainkan peranan untuk merekodkan maklumat segala alamat IP yang telah dipadankan dengan nama domain.

Tempat menyimpan semua rekod DNS dipanggil DNS Record . DNS Record ini boleh diibaratkan seperti phonebook handphone yang menyimpan segala nombor telefon beserta nama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *