Enhanced Interior Gateway Routing Protocol (EIGRP)

EIGRP merupakan salah satu protokol ‘dynamic routing’ yang popular . Ia merupakan protokol kacukan antara ‘link state’ dan juga ‘distance vector’. Ianya juga adalah ‘Cisco Proprietary Protocol’. Berikut adalah ciri-ciri lain EIGRP:

  • Classless
  • Nilai AD metric adalah 90
  • Maksimum bilangan hop adalah 255 (default 100)
  • Menyokong VLSM dan ‘discontiguous network’
  • Menggunakan ‘Reliable Transport Protocol (RTP) untuk penghantaran dan penerimaaan paket EIGRP
  • Menggunakan ‘Diffusing Update Algorithm’ (DUAL) – mengelakkan ‘loop’ dan menyediakan laluan ‘backup’
  • Menemukan ‘router’ jiran menggunakan mesej ‘Hello’ yang dihantar secara berkala/berjadual (untuk penemuan & monitor status perhubungan router jiran)
  • Pertukaran semua jadual ‘routing’ di permulaan dan kemudian hanya akan hantar ‘triggered updates’ sahaja kepada router yang memerlukan maklumat (hybird distance vector + link state)
    • Distance vector – hantar ‘full updates’ secara berkala/berjadual
    • Link state – hantar ‘triggered updates’ kepada semua router dalam kawasan yang sama.
  • Metric – bandwidth, delay , reliability dan load (default hanya menggunakan bandwidth dan delay)

5 Jenis Paket EIGRP

  1. Hello – untuk mengenalpasti jiran . Dihantar secara ‘multicast’ dan berjadual
  2. Update – untuk ‘advertise routes’ , hanya hantar ‘multicast’ apabila terdapat perubahan
  3. Ack – untuk ‘Acknowledges’ kemaskini. Dihantar secara ‘unicast’ dan menggunakan UDP
  4. Query – untuk mencari laluan alternatif apabila semua laluan ke destinasi telah gagal/tidak berfungsi
  5. Reply – untuk memberi respon kepada ‘query’ untuk mengarahkan ‘originator’ supaya tidak membuat perkiraan semula kerana kehadiran ‘feasible successors’.

Penemuan Laluan EIGRP (Route Discovery)

  • Pertukaran maklumat full routing table pada permulaan komunikasi dengan router jiran.
  • Apabila sesuatu perubahan berlaku, router hanya akan hantar ‘partial/triggered updates’ kepada router yang memerlukan maklumat sahaja.
  • 3 jenis jadual :
    • Neighbour – senarai ‘directly connected routers’.
    • Topology – senarai semua laluan yang diterima daripada setiap jiran/neighbour.
    • Routing – senarai semua laluan terbaik daripada jadual EIGRP dan juga laluan protokol yang lain.
  • Syarat menjadi jiran :
    • Router mesti mendengar paket ‘Hello’ daripada jiran
    • EIGRP Autonomous System (AS) sama
    • Nilai K juga adalah sama

Feasible Distance (FD) dan Advertised Distance (AD)

AD – Cost daripada router jiran ke router destinasi

FD – Jumlah cost AD + cost local router ke next hop router (jiran)

Sucessor – Laluan utama untuk ke destinasi dan laluan ini akan disimpan dalam ‘routing table’.

Feasible Sucessor – Laluan alternatif/pilihan kedua dan laluan ini mesti mempunyai nilai cost AD kurang daripada FD sucessor.

Sebagai contoh, anda berada Machang ingin ke Kota Bharu. Anda perlu memilih laluan yang terbaik (cost paling kecil) dari Machang ke Kota Bharu.
LaluanAdvertised Distance (AD)Feasible Distance (FD)
Machang>Pasir Puteh>Kota Bharu4070
Machang>Tanah Merah>Kota Bharu5090

Berdasarkan topologi diatas:

Router Machang akan memilih laluan ke Kota Bharu melalui Pasir Puteh kerana ia mempunyai nilai cost FD yang lebih kecil (70) berbanding melalui Tanah Merah (90).

Oleh itu laluan Machang > Pasir Puteh > Kota Bharu dikira sebagai successor dan laluan Machang > Tanah Merah > Kota Bharu sebagai feasible successor.

Pemilihan feasible successor – router mestilah mempunyai nilai AD kurang daripada FD ‘successor’ semasa.

Kenapa memerlukan ‘feasibility condition’?

Bagi menjamin ‘loop-free’ ke laluan destinasi, dalam erti kata lain supaya ia tidak ‘loop back’ kepada ‘successor’ semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *