Sebelum kita fokus kepada topik BGP, terlebih dahulu mari cuba memahami apa itu Interior Gateway Protocol (IGP) dan juga Exterior Gateway Protocol (EGP).
IGP – ‘routing protocol’ yang beroperasi di dalam Autonomous System (AS) yang sama seperti EIGRP, OSPF dan RIP . Biasanya router yang beroperasi menggunakan IGP ini adalah untuk kegunaan seperti rangkaian syarikat, universiti dan mana-mana institusi yang mempunyai ibu pejabat dan cawangan.
EGP – ‘routing protocol’ yang beroperasi antara Autonomous System (AS) yang berlainan. Biasanya Internet Service Provider (ISP), Network Service Provider (NSP) menggunakan ‘routing protocol’ ini di dalam rangkaian WAN mereka yang tesendiri.
Apa itu Autonomous System (AS)?
AS adalah merujuk kepada rangkaian yang beroperasi secara berasingan daripada rangkaian yang lain dan biasanya ianya beroperasi didalam ‘single administrative domain’. Setiap AS ini mempunyai nombor masing-masing yang unik.
Nombor AS adalah nombor yang diuruskan/diselia oleh Internet Assigned Number Authority (IANA) yang mempunyai julat 1-65535. Setiap ISP di dunia ini akan diberikan beberapa nombor AS oleh IANA. Sebagai contoh di Malaysia, ISP seperti TM, TIME, Maxis dan Celcom mempunyai beberapa nombor AS yang berlainan.
BGP Speaker – router yang menjalankan operasi BGP
BGP peer / BGP neighbor – 2 routers yang bertukar maklumat BGP antara sama lain menngunakan protokol TCP
Prefix – konsep sama dengan ‘subnet’ tetapi prefix ‘advertised’ blok subnet yang besar
Internal BGP (iBGP) – ‘BGP neighbor relationship’ di dalam AS yang sama
External BGP (eBGP) – ‘BGP neighbor relationship’ antara AS yang berlainan. Ia direkomenkan supaya eBGP harus ‘directly connected’.
Kenapa Memerlukan BGP ?
Mungkin ada kemusykilan kenapa kita tidak menggunakan OSPF dan EIGRP sahaja?
Sebab yang utama adalah kerana BGP menyokong pengawalan laluan (path control).
OSPF dan EIGRP mempunyai matlamat utama iaitu untuk mencari laluan yang paling optimum/terbaik untuk ke destinasi. Tetapi untuk situasi ISP, ia tidak ambil peduli tentang ini dan apa yang menjadi keutamaan adalah bagaimana laluan dipilih untuk sampai ke destinasi.
Ini kerana, rangkaian WAN ISP melibatkan laluan router yang banyak dan sebagai contoh jika kita menggunakan OSPF sebagai protokol routing, setiap laluan yang ingin dipilih perlu dibuat ketetapan metric seperti bandwidth, dan jika setiap bulan ada perubahan atau penambahan laluan, memang ‘jenuh’ untuk membuat ketetapan konfigurasi metric bandwidth yang baru. Oleh itu BGP tidak menekankan laluan optimum dan hanya menekanan pilihan laluan sahaja.
BGP merupakan patch vector protocol. Ia tidak berngantung kepada bandwidth laluan (OSPF) atau bilangan hop (RIP) atau beberapa kumpulan parameters (EIGRP). ‘Patch vector protocol’ bergantung kepada bilangan AS yang perlu dilalui dan dalam erti kata lain ia memilih laluan yang bilangan AS paling kurang (shortest AS path) untuk sampai ke destinasi.
Sebab kedua adalah BGP boleh ‘handle’ jadual ‘routing’ yang besar. BGP mengawal laluan routing yang besar antara AS.
Sebab ketiga adalah keserasian BGP dengan MPLS VPN. MPLS menyediakan ‘traffic separation’ dan ‘path isolation’ dalam ‘shared network infrastructure’ dan BGP adalah background layer. Sebagai contoh dalam satu korporat yang beroperasi menggunakan servis VoIP, VoD dan Internet.
Jenis Perhubungan Ke ISP
Single homed – single link kepada single ISP
Dual homed – redundancy link kepada single ISP tetapi ada single link of failure dekat ISP
Single Multihomed – redundancy link kepada 2 ISP berbeza. Single link untuk setiap ISP.
Dual multihomed – dual redundancy link kepada 2 ISP berbeza. Dual link untuk setiap ISP.