Beza Hub Switch dan Router

Hub

Hub adalah satu peranti  yang digunakan untuk menghubungkan antara dua peranti/perkakasan (contoh komputer).
Sebagai contoh :

  1. Menghubungkan dan membolehkan 2 komputer atau lebih berkomunikasi sesama mereka (penerima dan penghantar).
  2. Menghubungkan dan membolehkan komputer dan mesin pencetak berkomunikasi (penerima dan penghantar) antara satu sama lain.

Secara umumnya Hub hanya berfungsi untuk menerima dan menghantar data (frame) ke semua port tanpa mengambil kira / tidak ambil peduli siapakah gerangan penerima dan penghantar.

Hub beroperasi dilapisan/layer yang pertama OSI.

  1. PC A menghantar data ke PC C.
  2. Hub akan menerima data (frame) yang telah dihantar daripada PC A dan terus menyalin dan forward ke semua port kecuali port yang menerima data (frame) tersebut.
  3. Penerima (PC B dan PC C) akan membuat pemeriksaan sendiri sama ada data (frame) yang dihantar itu adalah untuk mereka atau pun tidak. Jika untuk mereka ia akan menerima data tersebut, jika bukan ia akan mengabaikan data (frame).

Switch

Penggunaan switch adalah sama dengan Hub iaitu untuk menghubungkan rangkaian antara dua komputer atau lebih. Beza switch dengan Hub adalah ianya mempunyai kecerdikan dalam penghantaran data (frame).
Switch akan merekodkan alamat penerima dan penghantar data (frame). Alamat adalah merujuk kepada MAC Address, setiap peranti/perkakasan mempunyai MAC Address yang unik dan ia dibezakan mengikut jenama pengeluar. Switch beroperasi di layer yang kedua dalam OSI.

Frame secara ringkasnya adalah data yang mengandungi maklumat MAC Address penerima dan penghantar.

Bagaimana Switch Beroperasi?

  1. PC A ingin menghantar data (frame) ke PC C.
  2. Untuk pertama kali selepas switch beroperasi atau dihidupkan, ia akan menerima data (frame) dari PC A dan menghantarkan kepada semua port. Selepas itu, ia akan membentuk jadual MAC Address yang mengandungi maklumat MAC Address beserta port yang menghubungkan setiap PC.
  3. Data (frame) yang dihantar akan merujuk kepada jadual Mac Address untuk mengetahui port penerima yang sepatutnya.

Router

Sebagaimana yang kita sedia maklum, switch digunakan untuk menghubungkan antara dua peranti/perkakasan (PC) atau lebih untuk membentuk satu rangkaian.

Bagaimana pula untuk menghubungkan antara dua atau lebih rangkaian yang berbeza? Disinilah perlunya Router. Router berfungsi untuk menghubungkan rangkaian-rangkaian tersebut atau dikenali sebagai proses routing. Router beroperasi di lapisan ketiga dalam Lapisan OSI (OSI Layer).

Routing menerima dan menghantar data (packet) menggunakan alamat IP dan Rangkaian (IP and Network Address).  


Contoh :

Alamat IP – 192.168.0.1

Alamat Rangkaian – 192.168.0.0 / 24

Di dalam data packet terdapat maklumat destinasi alamat IP dan Alamat Rangkaian (Network Address).

Bagaimana Router Berfungsi?Secara ringkasnya:

  1. PC A ingin menghantar data (packet) kepada PC F.
  2. Router menerima data (packet yang dihantar) dan membuat semakan di jadual routing (routing table) untuk mengenal pasti laluan destinasi paket.
  3. Setelah mengenal pasti laluan, router akan forward data paket ke destinasi melalui laluan yang telah dikenal pasti, dan jika laluan tidak ada ianya akan drop data (packet) tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *