Hub vs Switch
Posmen Hantar Surat
Surat – Data (Frame)
Rumah – PC
Alamat – MAC Address
Lorong/Jalan – Port
Contoh dalam kehidupan seharian kita ialah seorang posmen yang baru bekerja dan ditugaskan menghantar surat di satu kawasan perumahan.
Untuk pertama kali, dia akan menghafal setiap nombor rumah serta selok belok jalan di perumahan tersebut. Posmen akan menyimpan maklumat tersebut di dalam memori kepalanya atau membuat catatan nota.
*maklumat yang disimpan boleh diibaratkan seperti ‘Mac Address Table‘.
Untuk tugasan penghantaran surat, pertama sekali posmen akan tengok alamat penerima dengan menyemak maklumat yang telah disimpan (Mac Address Table).
Selepas menganalis alamat penerima, posmen akan bergerak mengikut jalan-jalan atau lorong-lorong yang menuju ke arah rumah penerima. Dia tidak perlu pergi ke setiap rumah dan bertanyakan kepada tuan rumah adakah ini alamat mereka (contoh macam mana Hub beroperasi).
Router
LAN – Perumahan
Host – Rumah
Router – Roundabout / bulatan
Routing Table – Signboard
Gateway – Pintu Utama
Perumahan A, B, C dan D dianggap sebagai rangkaian LAN. Terdapat 4 rangkaian iaitu A, B, C dan D.
Penghuni rumah di dalam satu perumahan yang sama boleh bergerak/mengunjungi antara satu sama lain menggunakan jalan di dalam perumahan tersebut. Contohnya penghuni A1 dan A2 boleh kunjung mengunjungi antara satu sama lain, begitu juga dengan B1 dan B2, C1 dan C2 dan D1 dan D2.
Macam mana pula jika A1 mahu mengunjungi/melawat rumah penghuni D1?
Penghuni A1 perlu keluar ke Pintu Utama A . Selepas itu, dia akan sampai di roundabout ataupun bulatan.
Apabila tiba di bulatan, penghuni A1 akan melihat signboard/papan tanda. Daripada signboard tersebut, dia akan melihat dan membuat semakan jalan yang perlu diambil untuk sampai ke perumahan D dan seterusnya ke rumah D1.
Jika tiada maklumat jalan yang perlu diambil untuk sampai ke destinasi perumahan D, penghuni A1 tidak boleh meneruskan lagi perjalanan dan akan terhenti disitu.
Sama kes untuk penghuni yang lain yang ingin melawat penghuni lain yang tinggal di luar kawasan perumahan mereka, penghuni tersebut perlu keluar ke pintu utama perumahan masing-masing, dan perlu membuat semakan di signboard untuk laluan ke destinasi yang dituju.