EIGRP merupakan salah satu protokol ‘dynamic routing’ yang popular . Ia merupakan protokol kacukan antara ‘link state’ dan juga ‘distance vector’. Ianya juga adalah ‘Cisco Proprietary Protocol’. Berikut adalah ciri-ciri lain EIGRP:
- Classless
- Nilai AD metric adalah 90
- Maksimum bilangan hop adalah 255 (default 100)
- Menyokong VLSM dan ‘discontiguous network’
- Menggunakan ‘Reliable Transport Protocol (RTP) untuk penghantaran dan penerimaaan paket EIGRP
- Menggunakan ‘Diffusing Update Algorithm’ (DUAL) – mengelakkan ‘loop’ dan menyediakan laluan ‘backup’
- Menemukan ‘router’ jiran menggunakan mesej ‘Hello’ yang dihantar secara berkala/berjadual (untuk penemuan & monitor status perhubungan router jiran)
- Pertukaran semua jadual ‘routing’ di permulaan dan kemudian hanya akan hantar ‘triggered updates’ sahaja kepada router yang memerlukan maklumat (hybird distance vector + link state)
- Distance vector – hantar ‘full updates’ secara berkala/berjadual
- Link state – hantar ‘triggered updates’ kepada semua router dalam kawasan yang sama.
- Metric – bandwidth, delay , reliability dan load (default hanya menggunakan bandwidth dan delay)
5 Jenis Paket EIGRP
- Hello – untuk mengenalpasti jiran . Dihantar secara ‘multicast’ dan berjadual
- Update – untuk ‘advertise routes’ , hanya hantar ‘multicast’ apabila terdapat perubahan
- Ack – untuk ‘Acknowledges’ kemaskini. Dihantar secara ‘unicast’ dan menggunakan UDP
- Query – untuk mencari laluan alternatif apabila semua laluan ke destinasi telah gagal/tidak berfungsi
- Reply – untuk memberi respon kepada ‘query’ untuk mengarahkan ‘originator’ supaya tidak membuat perkiraan semula kerana kehadiran ‘feasible successors’.
Penemuan Laluan EIGRP (Route Discovery)
- Pertukaran maklumat full routing table pada permulaan komunikasi dengan router jiran.
- Apabila sesuatu perubahan berlaku, router hanya akan hantar ‘partial/triggered updates’ kepada router yang memerlukan maklumat sahaja.
- 3 jenis jadual :
- Neighbour – senarai ‘directly connected routers’.
- Topology – senarai semua laluan yang diterima daripada setiap jiran/neighbour.
- Routing – senarai semua laluan terbaik daripada jadual EIGRP dan juga laluan protokol yang lain.
- Syarat menjadi jiran :
- Router mesti mendengar paket ‘Hello’ daripada jiran
- EIGRP Autonomous System (AS) sama
- Nilai K juga adalah sama
Feasible Distance (FD) dan Advertised Distance (AD)
AD – Cost daripada router jiran ke router destinasi
FD – Jumlah cost AD + cost local router ke next hop router (jiran)
Sucessor – Laluan utama untuk ke destinasi dan laluan ini akan disimpan dalam ‘routing table’.
Feasible Sucessor – Laluan alternatif/pilihan kedua dan laluan ini mesti mempunyai nilai cost AD kurang daripada FD sucessor.
Laluan | Advertised Distance (AD) | Feasible Distance (FD) |
Machang>Pasir Puteh>Kota Bharu | 40 | 70 |
Machang>Tanah Merah>Kota Bharu | 50 | 90 |
Berdasarkan topologi diatas:
Router Machang akan memilih laluan ke Kota Bharu melalui Pasir Puteh kerana ia mempunyai nilai cost FD yang lebih kecil (70) berbanding melalui Tanah Merah (90).
Oleh itu laluan Machang > Pasir Puteh > Kota Bharu dikira sebagai successor dan laluan Machang > Tanah Merah > Kota Bharu sebagai feasible successor.
Pemilihan feasible successor – router mestilah mempunyai nilai AD kurang daripada FD ‘successor’ semasa.
Kenapa memerlukan ‘feasibility condition’?
Bagi menjamin ‘loop-free’ ke laluan destinasi, dalam erti kata lain supaya ia tidak ‘loop back’ kepada ‘successor’ semasa.