Beza LAN MAN dan WAN

Perbezaan LAN, MAN dan WAN


LAN (Local Area Network) merujuk kepada rangkaian setempat yang melibatkan rangkaian di rumah, pejabat atau bangunan. Contoh rangkaian yang paling kecil atau ringkas adalah di rumah dan yang paling besar adalah bangunan-bangunan seperti di pejabat dan universiti.


MAN (Metropolitan Area Network) merujuk kepada rangkaian yang melibatkan perhubungan rangkaian antara bandar-bandar/negeri-negeri. Sebagai contoh perhubungan rangkaian antara bandar Kota Bharu dan Machang dipanggil MAN. Rangkaian MAN dimiliki oleh syarikat telekomunikasi (TM, Maxis, Axiata, etc).


WAN (Wide Area Network) merujuk kepada rangkaian perhubungan yang melibatkan antara negara-negara. Sebagai contoh, untuk akses ke internet rangkaian WAN adalah diperlukan. Rangkaian WAN dimiliki oleh syarikat telekomunikasi juga (TM, Maxis, Axiata, etc).


Tetapi tahukah anda dalam dunia sebenar/realiti pekerjaan dalam bidang rangkaian, penggunaan MAN amatlah sekali jarang didengar. Hanya istilah LAN dan WAN sahaja yang diguna pakai. Sebagai contoh untuk menghubungkan rangkaian antara 2 kompleks bangunan/pejabat/institusi yang terletak di 2 lokasi bandar/negeri yang berbeza, kita menggunakan istilah teknologi WAN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *